Kepimpinan Organisasi Dalam Kampung
|
1. FELDA ( KAKITANGAN FELDA PALONG TIMUR 02)
Duduk dari kiri : Pn Hjh Zaharah Binti Hasran (Pemb. Tad Rendah), En Mohd Ridzuan Bin Abd Wahab (Pengurus Rancangan), Pn Hasnah Binti Kassim (Pemb. Tadbir) dan Pn Hjh Jamelia Binti Md Yatim (SSDW)
Berdiri dari belakang : En. Bahri Bin Taygoh (Penyelia), En Jamali Bin Dulih (Penyelia), En. Md Aziz Bin Rahmat (Pemandu Bermotor) dan Tn. HJ Abd Aziz Bin Alias (Pen. Pengurus).
2. JKKR (JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN RANCANGAN)
Duduk dari kiri : Esa Bin Muniram (Peng. Tabika), Ab
Berdiri dari kiri : Othman Bin Kasan (ketua Blok 11), Pungot Bin Hj Palil (ketua Blok 02), Dulmolok Bin Ishak (ketua blok 03), Paiman Bin Buang (ketua blok 04), Hj. Jumali Bin Rakijan (Ketua Blok 09), Rosli Bin Bujang (rela), Rahmat Bin Sayuti (ketua blok 12) dan Biran Bin Mohamad (ketua blok 01).
3. GPW (GERAKAN PERSATUAN WANITA)
Duduk dari kiri : Noraini Binti Md Misman (kerani JKKR), saniah Binti Mohd Noh (ketua GPW Blok 08), Sahid Bin Othman (imam Rancangan), Sabtu Bin Abu Hainin(Timb. Pengerusi JKKR), En. Mohd Ridzuan Bin Abd Wahab( Pengerusi JKKR /Pengurus), Asmirah Dahlan (Pengerusi/Ketua GPW Blok 01), Pn. Hjh. Jamelia Binti Md Yatim (SSDW) dan Sarimah Binti Mahadi (Setiausaha/Ketua GPW Blok 12)
Berdiri dari kiri : Siti Soleha Binti Sareng (bendahari/Ketua GPW Blok 09), tukirah binti kamat (ketua gpw Blok 07), zainah binti suboh (ketua gpw blok 5), Mariah binti tomin (ketua gpw blok 06), khatijah binti osman (ketua gpw blok 10), junainah binti atan (ketua gpw blok 02), jariah binti mohd nor (ketua gpw blok 11), rohani binti jaafar (ketua gpw blok 04) dan meran binti musa (ketua gpw blok 03).
4. KOPERASI FELDA PALONG TIMUR 02 BHD
Duduk dari kiri : Mohd Zaiton Bin Sulaiman (setiausaha), Hj Jumali Bin Rakijan (Pengerusi) dan Jaafar Bin said (bendahari)
Berdiri dari kiri : Osman Bin Musa (Penyelia), Osman Bin Kasan(Penyelia), Rahmat Bin Sayuti (penyelia) dan Abu Bakar Bin Mokti (Penyelia)
Tiada dalam gambar : Ikhsan Bin Asnan (Penyelia)
Bermula Sebuah Kisah
|
Felda Palong Timur 02 telah dibangunkan dalam tahun 1981/1982 dan 1985/1986. Tanah Rancangan ini telah ditanam dengan tanaman kelapa sawit. Rancangan ini mempunyai 2 peringkat iaitu Peringkat 1 dengan bilangan peneroka seramai 177 buah keluarga dan 94 buah keluarga dalam Peringkat 2. Keluasan kawasan tanaman Rancangan ini ialah 1168.84 hektar. Dalam Peringkat 01 sebanyak 8 Blok telah ditempatkan dan 4 Blok dalam Peringkat 02.
Peneroka pertama dalam Rancangan ini ialah Abu Bakar Bin Abd Rahim dan keluarganya. Beliau ditempatkan di rumah bernombor 01 Blok 01 dalam Rancngan Felda Palong Timur 02. Beliau masuk ke Rancangan ini sekitar tahun ……………… Selepas itu diikuti pula oleh peneroka seterusnya. Peneroka terakhir yang masuk ke Tanah Rancangan ini ialah Saudara Ibrahim Bin Omar yang bernombor rumah, no. 221 Blok 10 (No. 221 Blok 04 Peringkat 02)
Tarikh kemasukan system Blok bagi Peringkat 01 ialah pada bilan Oktober 1989, manakala Peringkat 02 pada bulan Jun 1994. Tarikh mula dilaksanakan Bayaran Kembali ialah pada Januari 1991 bagi Peringkat 01 dan Peringkat 02 pada Julai 1995. Pada Jun 2004, Rancangan telah memperkenalkan system bayaran harian di pejabat untuk menggalakkan peneroka menghantar hasil ke Kilang Sawit Felda dan supaya hasil Rancangan tidak diselewengkan ke luar Rancangan.
PENGENALAN
|
Felda Palong Timur 2, sebuah kampong atau lebih dikenali sebagai sebuah Tanah Rancangan Felda yang terletak nun jauh di Utara Johor dan bersempadanan dengan Negeri Sembilan. Jarak dengan Negeri Sembilan adalah terlalu hampir yang hanya memakan masa sekitar kurang 10 minit dari Palong Timur.
Kampong yang sangat terpencil pada fikiran kita yang belum pernah sampai kesini. Bagi mereka yang pernah sampai di bumi bertuah ini, ucapan yang kerap kali dibicarakan “jauhnya hendak ke sini”… Biarpun apa kata mereka, Felda Palong Timur adalah bumi bertuah bagi kami semua peneroka di sini…
Felda Palong Timur 2 terletak di kawasan DUN Buloh Kasap dan Parlimen Segamat. Bandarnya ialah Bandar Segamat dan bermukimkan Mukim Gemas. Manakala pekan yang berhampiran ialah Pekan Batu Anam iaitu sejauh lebih kurang 24 kilometer dari Felda Palong Timur 02.
Felda Palong Timur 2 terbahagi kepada dua peringkat iaitu Peringkat 1 dan 2. Bilangan keluarga peneroka di sini ialah seramai 271 buah keluarga. 177 buah keluarga ditempatkan di peringkat 1 dari Blok 1 hingga Blok 8. Manakala Peringkat 2 dari Blok 9 hingga 12 seramai 94 buah keluarga peneroka.