Bermula Sebuah Kisah


Felda Palong Timur 02 telah dibangunkan dalam tahun 1981/1982 dan 1985/1986. Tanah Rancangan ini telah ditanam dengan tanaman kelapa sawit. Rancangan ini mempunyai 2 peringkat iaitu Peringkat 1 dengan bilangan peneroka seramai 177 buah keluarga dan 94 buah keluarga dalam Peringkat 2. Keluasan kawasan tanaman Rancangan ini ialah 1168.84 hektar. Dalam Peringkat 01 sebanyak 8 Blok telah ditempatkan dan 4 Blok dalam Peringkat 02.

Peneroka pertama dalam Rancangan ini ialah Abu Bakar Bin Abd Rahim dan keluarganya. Beliau ditempatkan di rumah bernombor 01 Blok 01 dalam Rancngan Felda Palong Timur 02. Beliau masuk ke Rancangan ini sekitar tahun ……………… Selepas itu diikuti pula oleh peneroka seterusnya. Peneroka terakhir yang masuk ke Tanah Rancangan ini ialah Saudara Ibrahim Bin Omar yang bernombor rumah, no. 221 Blok 10 (No. 221 Blok 04 Peringkat 02)

Tarikh kemasukan system Blok bagi Peringkat 01 ialah pada bilan Oktober 1989, manakala Peringkat 02 pada bulan Jun 1994. Tarikh mula dilaksanakan Bayaran Kembali ialah pada Januari 1991 bagi Peringkat 01 dan Peringkat 02 pada Julai 1995. Pada Jun 2004, Rancangan telah memperkenalkan system bayaran harian di pejabat untuk menggalakkan peneroka menghantar hasil ke Kilang Sawit Felda dan supaya hasil Rancangan tidak diselewengkan ke luar Rancangan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS
Read Comments